Syukur, setelah beberapa lama pasang niat nak kait cardigan untuk baby ni terlaksana jua. Cardigan
ni khas buat Ammar Muayish, anak saudara ku yang berumur 10 bulan. Sumber paten adaptasi dari "WoolyWondersCrochet" melalui youtube. Bagi sesiapa yang mengenali diri ini, memang kombinasi warna kelabu dengan biru gelap atau navy blue adalah warna favourite aku π
Masa nak bagi tu adalah berdebar-debar jugak, risau tak muat/longgar sangat. Namun Alhamdulillah perkongsian foto dari Ummi nya menunjukkan cardigan tu terletak elok aje kat badan dia hahah!
Abang Emmer sampai kata best peluk adik dia sebab gebu macam bantal πππ Yalah benang "bcyarn" dari kak Lina "pinkyfrog" ni memang tebal dan lembut sangat, dan yang pasti tak panas. Selesa dipakai terutama kat negara kita yang beriklim khatulistiwa ni.
Jadi sempena tahun 2017 ni, aku ingat nak mula buka tempahan untuk sweater/cardigan/dress buat baby yg berusia 0-12 bulan. Tambahan satu lagi produk baru dari "Cute Pretty Lil' Things Made by Yoan" selain dari baby cocoon/swaddle (bedung) hari tu π
Alright, kalau ada apa-apa pertanyaan untuk nak tempah produk kait boleh je PM tepi,
email atau WhatsApp ye. Thank you!
Love,
Yoan